SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
Azizi Yahya / Aggresif di Kalangan Remaja (Part 2). 2011


           AGGRESIF DI KALANGAN REMAJA (Part 2)
                                      Azizi Hj Yahaya

Gejala Buli

       Dewasa ini gejala buli tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Beberapa
insiden buli dan pelanggaran disiplin telah dilaporkan semakin menular di sekolah-sekolah
menengah mahupun rendah.

        Akhbar di Malaysia telah melaporkan bahawa seorang pelajar tingkatan empat sekolah
menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Gejala
tingkah laku buli ini yang membabitkan pelajar aliran agama amat memeranjatkan masyarakat
kerana sepatutnya pelajar-pelajar aliran agama ini memberi contoh yang baik kepada pelajar-
pelajar sekolah lain namun matlamat tersebut masih lagi belum tercapai.Berdasarkan laporan
media massa, keseriusan masalah buli dalam kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan
segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi satu masalah besar kepada negara pada masa
hadapan.Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kes
rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh telah menimbulkan kebimbangan segenap
lapisan masyarakat di seluruh negara.

        Perlakuan buli dikalangan pelajar sekolah ini bukan sahaja serius malah ia mencemarkan
Institusi Pendidikan Negara dan perlu ditangani segera. Kerjasama dari semua pihak amat
diharapkan agar gejala ini dapat dibendung dengan segera sebelum ia menjadi lebih parah dari
asalnya. Namun, apa yang kita dapat perhatikan trend masyarakat pada masa kini dengan hanya
menunding jari dan lepas tangan sahaja. Sepatutnya, masyarakat perlu mengembleng tenaga dan
usaha untuk membenteras gelaja buli ini dan mencari penyelesaian bagi masalah ini. Masyarakat
sering kali menyalahkan ibu bapa kerana tidak memberi sepenuh perhatian kepada anak mereka
malah guru juga turut di persalahkan kerana tidak bertanggungjawab mendisiplinkan pelajar
terbabit.

        Oleh itu, bagi menangani masalah ini, kita perlu mencari punaca utama yang terjadinya
perlakuan buli ini dikalangan pelajar sekolah. Di dalam penulisan ilmiah ini akan diterangkan
definisi buli, faktor terjadinya buli, kesan-kesan buli dan cara menangani masalah buli ini.

       Kesimpulannya, masyarakat dan semua pihak perlu mengambil perhatian yang serius
kerana masalah ini perlu dibendung sebelum ia merebak dan menggagalkan hasrat dan aspirasi
negara bagi melahirkan modal insan yang menjadi contoh di mata dunia.
Azizi Yahya / Aggresif di Kalangan Remaja (Part 2). 2011


        Buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang di lakukan secara sengaja dan
menyebabkan kemudaratan fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah laku buli adalah
termasuk bersifat mengejek, penyisihan sosial dan memukul (Smith dan Thompson, 1991).
Tingkah laku buli boleh didefinisikan sebagai satu perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih
kuat atau berkuasa terhadap seseorang yang lain yang lebih lemah atau kurang berkuasa secara
berulang kali. Tingkah laku buli ialah tingkah laku aggresif yang dilakukan secara berulang kali
terhadap orang lain secara individu atau secara berkumpulan (Olweus, 1993).

       Malah, tingkah laku aggresif boleh jadi dalam bentuk fizikal atau lisan yang boleh
menyebabkan kecederaan atau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu lain iaitu mangsa
buli. Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, buli bermaksud perbuatan mendera dan
mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Ia juga
membawa makna mempermainkan orang lemah dengan tujuan menggertak atau menakutkan.
Perlakuan buli juga merujuk kepada penyalahgunaan kuasa. Penyalahgunaan ini merujuk kepada
operasi psikologi dan fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah dan tidak
berupaya mempertahankan dirinya dari kumpulan yang lebih berkuasa (Azizi Yahaya,
2007).Setelah di lihat pada definisi buli, dapat dinyatakan bahawa buli adalah perlakuan yang
bertujuan utntuk memudaratkan mangsa yang lemah yang boleh memberi kesan fizikal dan sosial
kepada mangsa.

       Menurut Azizi Yahaya (2007), Komponen Ketiga Model Identifikasi Multidimensi
Perlakuan Buli mengambil kira dinamik sosial tiga kumpulan utama yang terlibat secara
langsung dalam perlakuan buli ialah pembuli, mangsa dan pemerhati.
Pembuli ialah seseorang yang memilih mangsanya berdasarkan aspek kelemahan mangsa dan
ketidakmampuan mangsa untuk melawan. Pembuli selalunya menggunakan kuasa keatas mangsa
yang tidak mempunyai keupayaan.Manakala mangsa pula adalah seseorang yang tidak mampu
dan tidak berupaya dari aspek fizikal, psikologi, kesorangan, rasa tidak selamat dan kurang
berkeyakinan dengan dirinya. Mangsa buli ini biasanya dikaitkan dengan individu yang tidak
berdaya dan tidak berkuasa.

       Akhir sekali, pemerhati adalah seseorang individu yang menjadi penonton dalam
kejadian buli. Mereka samada menyokong di pihak pembuli ataupun rakan penyokong kepada
yang dibuli. Pemerhati boleh bertindak sebagai salah satu wadah penyelesaian dan aktiviti
pencegahan buli.

        Para pengkaji telah mengenal pasti tiga elemen buli terdapat dalam kalangan pembuli
iaitu fizikal, lisan dan antisosial (Olweus, 1993). Tingkah laku buli fizikal dan lisan merujuk
kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada
tingkah laku buli secara tidak langsung. Tingkah laku buli fizikal adalah seperti memukul,
menarik rambut dan menendang. Tingkah laku buli verbal ialah seperti mengejek, menghina
danmengusik. Tingkah laku buli yang berkaitan dengan tingkah laku anti sosial ialah memulau,
Azizi Yahya / Aggresif di Kalangan Remaja (Part 2). 2011


menggosip, memfitnah dan merosakkan harta benda. Tingkah laku buli dalam bentuk verbal juga
merupakan tingkah laku buli berbentuk psikologi. Manakala tingkah laku buli dalam bentuk
antisosial boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti merosakkan harta benda atau dalam bentuk
psikologi seperti pemulauan dan fitnah.

        Perlakuan buli secara langsung boleh dinyatakan sebagai tindakan agresif secara fizikal
dan boleh dicirikan sebagai serangan terbuka terhadap mangsa termasuk perlakuan fizikal dan
lisan yang aggresif. Manakala, perlakuan buli secara tidak langsung adalah dilakukan secara
tidak langsung seperti umpatan, penyisihan dan memanipulasi status sosial individu dengan
menukar persepsi orang terhadap mangsa.

        Seperti kita sedia maklum, tingkah laku buli yang berpunca dari pelbagai faktor seperti
faktor biologi dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran telah
menyebabkan masalah ini terus berleluasa dalam kalangan para pelajar, khususnya pelajar
sekolah menengah. Pada peringkat usia ini, mereka sedang mengalami krisis identiti iaitu
mencari identiti tersendiri untuk berhadapan dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
sekeliling. Justeru itu, pelajar masih mentah dalam kehidupan ini sering terpengaruh dengan
persekitaran yang akan memesongkan mereka dari landasan yang sebenar, seterusnya terlibat
dengan gejala tingkah lakubuli ini.

       Namun, faktor yang utama boleh dibahagikan kepada empat iaitu faktor individu, Faktor
keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan faktor kawalan kendiri remaja tersebut. Bagi faktor
individu ciri personaliti dan sikap seseorang individu mungkin menjadi punca kepada satu
perlakuan buli. Lazimnya pembuli mempunyai kekuatan fizikal dan tidak mempunyai
tanggungjawab terhadap tindakan yang telah mereka lakukan, ada sikap ingin mengawal dan
mendominasi orang lain. Manakala, mangsa buli lazimnya menonjolkan ciri-ciri tingkah laku
dalaman seperti sikap pasif, sensitif, pendiam, lemah dan tidak akan bertindak balas sekiranya
diganggu.

       Faktor keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam ciri perlakuan buli.
Penggunaan kekerasan dan tindakan yang keterlaluan oleh ibu bapa akan menggalakkan tingkah
laku buli di kalangan kanak-kanak. Tindakan ahli keluarga yang secara keterlaluan mendera
samada secara lisan atau fizikal akan mengajar kanak-kanak bertingkah laku ganas dan aggresif.
Kanak-kanak tersebut menerima ajaran secara tidak langsung bahawa tindakan menentang ialah
cara bagi mereka untuk menyelesaikan masalah.




                                                                                    CONTINUE…

More Related Content

What's hot

Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosial
ZRxhman
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnal
Rohana Hamid
 
Buli presentation
Buli presentationBuli presentation
Buli presentation
Seri Najwa
 
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala SosialPenyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Profil Modal Uniti
 
Gangguan hubungan-sosial
Gangguan hubungan-sosialGangguan hubungan-sosial
Gangguan hubungan-sosial
purnamabela
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Mohd Shuhaimi Padzil
 
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikanLaporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
Devyta Upan Ipin
 
Ips presentasi sutomo
Ips presentasi sutomoIps presentasi sutomo
Ips presentasi sutomo
fransius11
 

What's hot (19)

Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosial
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnal
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
Buli presentation
Buli presentationBuli presentation
Buli presentation
 
Perilaku bully
Perilaku bullyPerilaku bully
Perilaku bully
 
Teori Masalah Sosial dan penyelesaiannya
Teori Masalah Sosial dan penyelesaiannyaTeori Masalah Sosial dan penyelesaiannya
Teori Masalah Sosial dan penyelesaiannya
 
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala SosialPenyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
 
Gangguan hubungan-sosial
Gangguan hubungan-sosialGangguan hubungan-sosial
Gangguan hubungan-sosial
 
Artikel 1
Artikel 1Artikel 1
Artikel 1
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
 
Buli 1
Buli 1Buli 1
Buli 1
 
Sosiologi (Perilaku Menyimpang)
Sosiologi (Perilaku Menyimpang)Sosiologi (Perilaku Menyimpang)
Sosiologi (Perilaku Menyimpang)
 
kesehsatan reproduksi
kesehsatan reproduksi kesehsatan reproduksi
kesehsatan reproduksi
 
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikanLaporan wawancara observasi kasus pendidikan
Laporan wawancara observasi kasus pendidikan
 
Perilaku menyimpang
Perilaku menyimpangPerilaku menyimpang
Perilaku menyimpang
 
Sosiologi tawuran
Sosiologi   tawuranSosiologi   tawuran
Sosiologi tawuran
 
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)
 
PIK SAHABAT LAMPUNG
PIK SAHABAT LAMPUNGPIK SAHABAT LAMPUNG
PIK SAHABAT LAMPUNG
 
Ips presentasi sutomo
Ips presentasi sutomoIps presentasi sutomo
Ips presentasi sutomo
 

Viewers also liked (6)

Mjm komputer
Mjm komputerMjm komputer
Mjm komputer
 
Mjm komputer
Mjm komputerMjm komputer
Mjm komputer
 
How to build your personal learning network pln
How to build your personal learning network plnHow to build your personal learning network pln
How to build your personal learning network pln
 
EU public procurement tender evaluation, TAIEX project
EU public procurement tender evaluation, TAIEX projectEU public procurement tender evaluation, TAIEX project
EU public procurement tender evaluation, TAIEX project
 
Baseball
BaseballBaseball
Baseball
 
Pendekatan dan model bab ii oke
Pendekatan dan model  bab ii okePendekatan dan model  bab ii oke
Pendekatan dan model bab ii oke
 

Similar to Aggresif di kalangan_remaja_part_2

FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdfFAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
dadangfirdiyanto
 
08410041_Bab_1.pdf latar belakang dan masalh kebakLan rekamja
08410041_Bab_1.pdf latar belakang dan masalh kebakLan rekamja08410041_Bab_1.pdf latar belakang dan masalh kebakLan rekamja
08410041_Bab_1.pdf latar belakang dan masalh kebakLan rekamja
Marulituazalukhu
 
Artikel tentang kenakalan_remaja
Artikel tentang kenakalan_remajaArtikel tentang kenakalan_remaja
Artikel tentang kenakalan_remaja
DifaNet
 
Kenakalan remaja (Psikologi Perkembangan 2)
Kenakalan remaja (Psikologi Perkembangan 2)Kenakalan remaja (Psikologi Perkembangan 2)
Kenakalan remaja (Psikologi Perkembangan 2)
IniniSlide .
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remaja
hellohary
 

Similar to Aggresif di kalangan_remaja_part_2 (20)

FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdfFAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
FAKTOR YG MEMPENGARUHI REMAJA DLM MELAKUKAN BULLYING.pdf
 
makalah bullying
makalah bullyingmakalah bullying
makalah bullying
 
Aksi Nyata Isu Perundungan Di Satuan Pendidikan.pdf
Aksi Nyata Isu Perundungan Di Satuan Pendidikan.pdfAksi Nyata Isu Perundungan Di Satuan Pendidikan.pdf
Aksi Nyata Isu Perundungan Di Satuan Pendidikan.pdf
 
BULLY
BULLY BULLY
BULLY
 
bully bully najwa mz.pptx
bully bully najwa mz.pptxbully bully najwa mz.pptx
bully bully najwa mz.pptx
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Karya Ilmiah Ilmu Komunikasi
Karya Ilmiah Ilmu KomunikasiKarya Ilmiah Ilmu Komunikasi
Karya Ilmiah Ilmu Komunikasi
 
teks tentang pebulyian anak sekolah.docx
teks tentang pebulyian anak sekolah.docxteks tentang pebulyian anak sekolah.docx
teks tentang pebulyian anak sekolah.docx
 
Materi Bullying Pada Remaja SMP .pptx
Materi Bullying Pada Remaja SMP    .pptxMateri Bullying Pada Remaja SMP    .pptx
Materi Bullying Pada Remaja SMP .pptx
 
08410041_Bab_1.pdf latar belakang dan masalh kebakLan rekamja
08410041_Bab_1.pdf latar belakang dan masalh kebakLan rekamja08410041_Bab_1.pdf latar belakang dan masalh kebakLan rekamja
08410041_Bab_1.pdf latar belakang dan masalh kebakLan rekamja
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupan
 
Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 
Makalah kekerasan terhadap anak
Makalah kekerasan terhadap anakMakalah kekerasan terhadap anak
Makalah kekerasan terhadap anak
 
Artikel tentang kenakalan_remaja
Artikel tentang kenakalan_remajaArtikel tentang kenakalan_remaja
Artikel tentang kenakalan_remaja
 
Kenakalan remaja (Psikologi Perkembangan 2)
Kenakalan remaja (Psikologi Perkembangan 2)Kenakalan remaja (Psikologi Perkembangan 2)
Kenakalan remaja (Psikologi Perkembangan 2)
 
Kenakalan Remaja
Kenakalan RemajaKenakalan Remaja
Kenakalan Remaja
 
Makalah tawuran
Makalah tawuranMakalah tawuran
Makalah tawuran
 
Penyebab Kasus Bullying di Indonesia.pdf
Penyebab Kasus Bullying di Indonesia.pdfPenyebab Kasus Bullying di Indonesia.pdf
Penyebab Kasus Bullying di Indonesia.pdf
 
Panduan pencegahan dan penangan perundungan
Panduan pencegahan dan penangan perundunganPanduan pencegahan dan penangan perundungan
Panduan pencegahan dan penangan perundungan
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remaja
 

Aggresif di kalangan_remaja_part_2

  • 1. Azizi Yahya / Aggresif di Kalangan Remaja (Part 2). 2011 AGGRESIF DI KALANGAN REMAJA (Part 2) Azizi Hj Yahaya Gejala Buli Dewasa ini gejala buli tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Beberapa insiden buli dan pelanggaran disiplin telah dilaporkan semakin menular di sekolah-sekolah menengah mahupun rendah. Akhbar di Malaysia telah melaporkan bahawa seorang pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Gejala tingkah laku buli ini yang membabitkan pelajar aliran agama amat memeranjatkan masyarakat kerana sepatutnya pelajar-pelajar aliran agama ini memberi contoh yang baik kepada pelajar- pelajar sekolah lain namun matlamat tersebut masih lagi belum tercapai.Berdasarkan laporan media massa, keseriusan masalah buli dalam kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan.Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. Perlakuan buli dikalangan pelajar sekolah ini bukan sahaja serius malah ia mencemarkan Institusi Pendidikan Negara dan perlu ditangani segera. Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan agar gejala ini dapat dibendung dengan segera sebelum ia menjadi lebih parah dari asalnya. Namun, apa yang kita dapat perhatikan trend masyarakat pada masa kini dengan hanya menunding jari dan lepas tangan sahaja. Sepatutnya, masyarakat perlu mengembleng tenaga dan usaha untuk membenteras gelaja buli ini dan mencari penyelesaian bagi masalah ini. Masyarakat sering kali menyalahkan ibu bapa kerana tidak memberi sepenuh perhatian kepada anak mereka malah guru juga turut di persalahkan kerana tidak bertanggungjawab mendisiplinkan pelajar terbabit. Oleh itu, bagi menangani masalah ini, kita perlu mencari punaca utama yang terjadinya perlakuan buli ini dikalangan pelajar sekolah. Di dalam penulisan ilmiah ini akan diterangkan definisi buli, faktor terjadinya buli, kesan-kesan buli dan cara menangani masalah buli ini. Kesimpulannya, masyarakat dan semua pihak perlu mengambil perhatian yang serius kerana masalah ini perlu dibendung sebelum ia merebak dan menggagalkan hasrat dan aspirasi negara bagi melahirkan modal insan yang menjadi contoh di mata dunia.
  • 2. Azizi Yahya / Aggresif di Kalangan Remaja (Part 2). 2011 Buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang di lakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah laku buli adalah termasuk bersifat mengejek, penyisihan sosial dan memukul (Smith dan Thompson, 1991). Tingkah laku buli boleh didefinisikan sebagai satu perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih kuat atau berkuasa terhadap seseorang yang lain yang lebih lemah atau kurang berkuasa secara berulang kali. Tingkah laku buli ialah tingkah laku aggresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara berkumpulan (Olweus, 1993). Malah, tingkah laku aggresif boleh jadi dalam bentuk fizikal atau lisan yang boleh menyebabkan kecederaan atau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu lain iaitu mangsa buli. Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, buli bermaksud perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Ia juga membawa makna mempermainkan orang lemah dengan tujuan menggertak atau menakutkan. Perlakuan buli juga merujuk kepada penyalahgunaan kuasa. Penyalahgunaan ini merujuk kepada operasi psikologi dan fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan dirinya dari kumpulan yang lebih berkuasa (Azizi Yahaya, 2007).Setelah di lihat pada definisi buli, dapat dinyatakan bahawa buli adalah perlakuan yang bertujuan utntuk memudaratkan mangsa yang lemah yang boleh memberi kesan fizikal dan sosial kepada mangsa. Menurut Azizi Yahaya (2007), Komponen Ketiga Model Identifikasi Multidimensi Perlakuan Buli mengambil kira dinamik sosial tiga kumpulan utama yang terlibat secara langsung dalam perlakuan buli ialah pembuli, mangsa dan pemerhati. Pembuli ialah seseorang yang memilih mangsanya berdasarkan aspek kelemahan mangsa dan ketidakmampuan mangsa untuk melawan. Pembuli selalunya menggunakan kuasa keatas mangsa yang tidak mempunyai keupayaan.Manakala mangsa pula adalah seseorang yang tidak mampu dan tidak berupaya dari aspek fizikal, psikologi, kesorangan, rasa tidak selamat dan kurang berkeyakinan dengan dirinya. Mangsa buli ini biasanya dikaitkan dengan individu yang tidak berdaya dan tidak berkuasa. Akhir sekali, pemerhati adalah seseorang individu yang menjadi penonton dalam kejadian buli. Mereka samada menyokong di pihak pembuli ataupun rakan penyokong kepada yang dibuli. Pemerhati boleh bertindak sebagai salah satu wadah penyelesaian dan aktiviti pencegahan buli. Para pengkaji telah mengenal pasti tiga elemen buli terdapat dalam kalangan pembuli iaitu fizikal, lisan dan antisosial (Olweus, 1993). Tingkah laku buli fizikal dan lisan merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Tingkah laku buli fizikal adalah seperti memukul, menarik rambut dan menendang. Tingkah laku buli verbal ialah seperti mengejek, menghina danmengusik. Tingkah laku buli yang berkaitan dengan tingkah laku anti sosial ialah memulau,
  • 3. Azizi Yahya / Aggresif di Kalangan Remaja (Part 2). 2011 menggosip, memfitnah dan merosakkan harta benda. Tingkah laku buli dalam bentuk verbal juga merupakan tingkah laku buli berbentuk psikologi. Manakala tingkah laku buli dalam bentuk antisosial boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti merosakkan harta benda atau dalam bentuk psikologi seperti pemulauan dan fitnah. Perlakuan buli secara langsung boleh dinyatakan sebagai tindakan agresif secara fizikal dan boleh dicirikan sebagai serangan terbuka terhadap mangsa termasuk perlakuan fizikal dan lisan yang aggresif. Manakala, perlakuan buli secara tidak langsung adalah dilakukan secara tidak langsung seperti umpatan, penyisihan dan memanipulasi status sosial individu dengan menukar persepsi orang terhadap mangsa. Seperti kita sedia maklum, tingkah laku buli yang berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran telah menyebabkan masalah ini terus berleluasa dalam kalangan para pelajar, khususnya pelajar sekolah menengah. Pada peringkat usia ini, mereka sedang mengalami krisis identiti iaitu mencari identiti tersendiri untuk berhadapan dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Justeru itu, pelajar masih mentah dalam kehidupan ini sering terpengaruh dengan persekitaran yang akan memesongkan mereka dari landasan yang sebenar, seterusnya terlibat dengan gejala tingkah lakubuli ini. Namun, faktor yang utama boleh dibahagikan kepada empat iaitu faktor individu, Faktor keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan faktor kawalan kendiri remaja tersebut. Bagi faktor individu ciri personaliti dan sikap seseorang individu mungkin menjadi punca kepada satu perlakuan buli. Lazimnya pembuli mempunyai kekuatan fizikal dan tidak mempunyai tanggungjawab terhadap tindakan yang telah mereka lakukan, ada sikap ingin mengawal dan mendominasi orang lain. Manakala, mangsa buli lazimnya menonjolkan ciri-ciri tingkah laku dalaman seperti sikap pasif, sensitif, pendiam, lemah dan tidak akan bertindak balas sekiranya diganggu. Faktor keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam ciri perlakuan buli. Penggunaan kekerasan dan tindakan yang keterlaluan oleh ibu bapa akan menggalakkan tingkah laku buli di kalangan kanak-kanak. Tindakan ahli keluarga yang secara keterlaluan mendera samada secara lisan atau fizikal akan mengajar kanak-kanak bertingkah laku ganas dan aggresif. Kanak-kanak tersebut menerima ajaran secara tidak langsung bahawa tindakan menentang ialah cara bagi mereka untuk menyelesaikan masalah. CONTINUE…